April 14, 2014

Cerpen Kot?

Hi assalamualaikum semua :’) Tetiba harini aku terasa nak bercakap dalam bahasa Melayu pulak. Al maklumlah, dah kata pun orang Melayu kan kan? Jadi apa lagi berbahasa Melayu lah kitaa HAHAH hari ini aku nak cuba bercerita tentang si dia lagi oh yeah!! Siapa lagi kalau bukan Tettttt……… kalau korang pengikut setia mestilah korang tahu kan siapa dia MUAHAHA *malu pula kita* Setelah dah beberapa lama kenal, aku taktahu kenapa harini dan malam ini aku tetiba  teringat waktu pertama sekali kiteorang kenal dan last aku dapat tengok muka dia depan depan. Ya, last aku tengok dia waktu di sekolah masa dia ambil keputusan SPM dan masa tu aku di Tingkatan 4. Itulah kali terakhir aku terpandang dia. Pada masa yang sama, waktu itu pun aku taktahu kenapa aku asyik pandang dia je hmm pelik pun ada juga.

Detik-detik perkenalan

Sebenarnyalah kan dah lama juga aku perhatikan dia cuma dulu dia dengan aweks dia jadi takmaulah kacau daun orang punya kan HAHA dan masa yang sama juga masa tu aku takdalah sampai suka kat dia sebab aku tak pandang sangat budak sama sekolah dulu. Tapi bila tengok dia masa ambil keputusan SPM tu peghhh terus terpandang jee dan aku expect dia budak sombong! HAHAHA kelakar kan sebab belum kenal lagi dah judge orang memacam. Mungkin sebabkan muka dia tu yang macam sombong. Masatu masih lagi zaman BBM(Blackberry User) lah katakan. Jadi ada lah beberapa orang senior lelaki yang aku kenal ni  telah add bbm aku dan invite aku dalam ‘teknik group’. Jadi, ramailah senior senior yang aku kenal kat situ Cuma tak berborak je. Tetiba pula suatu hari tu, aku dapat friend requests dari seorang senior, JENG JENG JENG teka siapa lah dia tu kan? Siapa lagi kalau bukan Si Dia. Okay aku pun accept dan kami berkenalan. 
Lama-kelamaan kiteorang pun menjadi rapat dan aku mula bercerita tentang masalah aku dengan crush aku. Yang bagusnya dia ni sebab dia melayan kepala aku ni lepastu dia dengar setiap cerita dan problem aku ni. Mula dari situ lah kiteorang bertambah rapat dan aku mula suka kat dia cuma aku taknaklah beritahu dia dan aku pun nak fokus lebih kat SPM aku masatu. Lama lama pun dia dapat tahu jugak dan selepas beberapa minggu tu, aku beritahu dia yang aku dapat PLKN.

Janji Termakbul

Pada mulanya dia terkejut juga bila aku beritahu dia yang aku dapat PLKN. Dia macam takut ada, macam tak percaya pun ada. Lepas aku beritahu dia tentang tu, dia macam lain sikit taw tapi aku buat dang jelah sebab aku ni slow siket nak tangkap bab bab gini MUEHEHE pada malam sebelum aku pergi PLKN, aku dah beritahu dia dan berjanji yang aku takkan cari orang lain dan takkan pergi kat orang lain walaupun lelaki tu baik ataupun kacak. Cewahhhhh :P alhamdulillah jugalah, selama aku kat sana kiteorang masih lagi contact dan overall setiap malam jugalah kiteorang on the phone. K part ni best !!! Disebabkan ada banyak aktiviti buat di PLKN, jadi malam tu confirm penat kan? So biasalah aku akan tertidur lena. Bila dia bebel bebel masa on the phone aku akan zZzzZzZ………Okay aku akan tersedar bila dia marah dan end call aku. Masatu barulah aku terhegeh-hegeh cari dia dan call dia balik. Sampaikan sekarang ni dia dah masak sangat dengan perangai aku ni. Selalu tertidur semasa tengah text ataupun on the phone HAHA. Normal babyyy :P

Gaduh BESAU

Selepas aku balik dri PLKN ni, aku dengan dia masih lagi macam biasa cuma tu lah macam macam dugaan yang datang. Lepas satu persatu datang Allah duga kesabaran aku selama dengan dia hmm. Kemudian, lepas je aku dapat tawaran masuk Uitm Lendu, Kos Masscom lagi haish lagi banyak dugaannya. Biasalah kan masscom ni banyak abe abe handsome dan tough awwww tapi aku still lagi stick dengan dia cuma kekadang terasa nak beralih arah pun ada tapi ku masih sayang *ewahhh* yaa sampaikan ramai budak yang cakap aku ni  sombong dan berlagak kahkahkah. Do I care??? Dah aku memang macamgini nak buat macam mana kan? Haa so, aku teruskan je kehidupan aku dkat sana. Then, barulah classmate aku ni kenalkan aku dengan seseorang dari kelas A. Pada mulanya, memang aku taknaklah layan sebab aku takut aku beralih arah jadi aku buat dang dulu. Dia mintak nombor dri Mija dan aku still tak bagi tapi sebenarnya lah aku dh ada pun nombor dia sebab kiteorang jalankan satu event ni. So, aku pun bengap lah kut pergi bagitahu dekat Si Dia ni. So, start daripada itulah puncanya kiteorang gaduh sebab dia cakap dia anggap aku ni  ‘kawan baik’ oky how’s great right?! Dan stop contact dia. blababla. Selepas beberapa minggu berkenalan dengan budak kelas A ni, sepanjang perkenalan kiteorang ni lah aku berfikir boleh move on ke tidak.
Suatu masa, Si Dia whatsapp aku secara tetiba dan bercakap tentang hal ini. Ya, setiap ayat dan perkataan yang dia type pada aku, aku masih lagi simpan dan ingat supaya menjadi peringatan bagi aku. Bermula malam itulah aku menangis sebab rasa bersalah aku tapi ego aku tetap tinggi dan degil serta akhirnya soalan soalan yang selama ini aku tanya sudah pun terjawab. Dia mungkin simpan itu semua tapi aku hanya nak tahu. Tak salah bukan? Dan disebabkan ego aku yang tinggi ini, aku pun berkeras supaya dia lepaskan aku dan aku pun tinggalkan dia , bersama dengan budak kelas A. K saat tu mmg berlinang lah juga mata ni sebab orang yang aku sayang selama 2 tahun perkenalan kiteorang ni dah takda dengan aku. Kemudian lepas aku move on sikit, aku dapat lihat yang aku hanya duduk di dalam bilik mengurungkan diri dan hanya keluar bila dengan budak itu sahaja. Tu lah sebabnya tak suka kalau nak couple satu kolej. Aish payah payah HAHA.
Selepas tu, dua orang kawan aku telah psycho aku dalam diam dan tanya siapa yang aku paling sayang, DIA/A tu? So, mestilah aku jawab DIA kan sebab aku dah lama dengan dia tapi entahlah. Aku fikir memanjang, dan aku pun tinggalkan budak A ni. Rasa serba salah kat dua dua tapi nak buat macam mana kan. Aku pun pada rancangannya taknak dengan sesiapa tetapi selepas 2 hari tu, aku whatsapp si Dia untuk mengadu dan guess what dia reply apa? “padan muka” kurang asammm betul time tu geram je dengan dia HAHAHA tapi nak buat macam mana kan dah nasib hidupku begini. Jadi, kiteorang pun contact macam biasa. Dia still whatsapp aku, aku still whatsapp dia. Sehinggalah sekarang………….kiteorang okay J

Si Dia  

Sebenarnya, aku tulis tentang ini sebab aku rindu kat dia. Ya, berapa hari tak whatsapp dan call sebab aku taknak kacau dia tengah holiday dengan kawan kawan dia tapi ada perempuan hmmmmmmmm cemburunyaaaaa dakuuuu :’( Ahhh biarlah dia *nampak tak ego aku tinggi?* HEHEHE You cepatlah balik hmmm rinduuu ni L Soorryyyy ya you if I ada buat mistake dan buat you kecewa lagi. Sorry lagi k? Taknak nangis nangis, I hanya nak kita happy je macam dulu dulu kita kenal. Agak agak boleh tak ya hmmm ya hopefully J Maseh you sebab buat I tersenyum balik. Selamanya KerashhhhKu ♥