January 01, 2014

Hello 2014


Assalamualaikum dan  selamat petang eh ? Haha harini rasanya dah 2/1/14 dan aku dah mula rasa nak balik lendu balik dah peghh lagi 3 hari relaks relaks sebenarnya ah aku dah ada ah juga rasa rindu dekat classmates dan lecturer kat sana sebab semua sporting. Harini dan esok aku kena prepare semua kelengkapan aku yang nak bawak pergi sana. Fuhh daripada haritu lagi aku packing barang tapi macam ada je yang tertinggal. Tapi hopefully aku tak tertinggal kunci lagi lah kan haha . Alhamdulilah barang makanan dan minuman semua dah ada.   Guess what?  Aku dah penat dah nak beli barang makanan bnyak bnyak sebab nanti kat sana takkan makan so beli je makanan yang senang aku makan dan buat aku kenyang yummyyy manalah badan ni tak makin tembam kalau asyik makan je ni fazira ?!! Arghh peduli apaaaaa asalkan aku kenyang omnomnomm hihihi . Tapi sebenarnya azam tahun ni nak kuruskan siket badan ni haa so jarang-jaranglah makan ya wahai cik fazira oii jangan asyik melantak je kerjanya.  Tolong aku aww kawan kawan sebab dah mok mok sangat ni :'(  Haa cakap pasal kawan ni korang nak tengok siapa kawan-kawan baru aku di Uitm??  








Nilah dia kawan kawan aku di Uitm. Yaa semuanya okay jee  nak nak kalau classmates aku pehhh sekarang macam dah takboleh berpisah dah taw . Pergi mana-mana semuanya bersama.  Ya pada aku lah keluar  dengan classmates lagi better sebab baru rasa best pergi ramai-ramai daripada berdating cewahh. Al-maklumlah dah lama ditinggalkan zaman couple ni cehcehhh. Keluar  pun keluar lah juga tapi bila part belajar pun kiteorang sering ingat ingat kan antara satu sama lain. Always together :) Ada jugalah budak part two cakap kat kiteorang, "pernah overnight kat luar tak? pernah gaduh gaduh dgn classmates  ke  ? assignment korang biasa macam mana ? banyak tak?" Ya jawapan aku, "setakat ini takdalah gaduhgaduh. tu tapi kalau assignment biasanya kiteorang akan berkumpul dan buat assignment tu sama sama walaupun group kiteorang berlainan"  dan dorang pun kagum dgn classmates aku ni hahaha walaupun dorang kata kiteorang budak budak study :D tapi nak buat macam mana assignment tetap assignment kan ? So nak taknak mmg akan kena buat punya.  Aku pun ada jugalah bercerita dgn mama aku pasalclassmates aku ni dan dia pun macam tak sangka kiteorang semua baik dan tak berpuak-puak. Alhamdulilah aku dapat classmates macam korang muahh siket :* InshaAllah juga , aku harap korang takdalah talam dua muka ya . Aku pun taknak kite semua gaduh gaduh dan bermasam muka .Sebab class kita kan ceria hihihi :) So apa lagi guys , balik lendu lepak sesama okay macam biasa di Bentara lah apa lagi . hahaha see you guys on 5th Jan 2014. Tataaaaa ~