June 28, 2013

Terjadi


Assalamualaikum dan selamat pagi semua . Harini ntah lah aku  terasa macam kecewa semua pun ada . Aku pun taktahu lah nak start macam mana . Hmm sebelum ni aku cuba sabar dan cuba jadi positif tapi harini kenapa aku tak boleh kawal perasaan aku sendiri hmm . Apa yang dah jadi dengan aku ni ? Sebelum ni, aku tak pernah mintak dia untuk sayang aku terima aku ke cuma aku nak kenal dia dengan lebih lama . Jadi aku tidak pernah menyoal tentang perhubungan sebenar kami . Aku terus senyap sehinggalah satu hari sahaja aku bertanya untuk mendapatkan kepastian dan jawapannya masih sama . Takpa, aku terus tabah dan layan dia seperti mana aku layani dia dahulu . Tidak pernah berubah layanan tu sebab aku taknak dia fikir aku berubah. Aku cuba terima dan layan dia seperti seorang sahabat baik melayani menemani sahabatnya . Aku sedang mencuba supaya suatu hari jika dia pergi tinggalkan aku, aku tidak terlalu sedih dan dukacita. Supaya aku sentiasa bersiap sedia dengan apa sahaja yang berlaku akan datang. "Tetapi kenapa bila harini kau sangatlah lain, Fazira. Dia bukannya untuk kau . Kenapa kau mesti marah? Kenapa kau mesti sedih? Kenapa kau sanggup biarkan telefon kau  berdering? Kenapa kau tak reply whatsapp dia ? Kenapa kenapa kenapa fazira ???" Arghhhhhh pabila aku duduk bersendirian nilah yang selalu aku fikirkan dan selalu bertanya pada diri aku ni. Sebab itu aku lebih suka mendiamkan diri daripada berbicara dengannya ketika marah. Aku takut aku tersalah cakap dan membuatkan dia lagi rasa serba salah. Biarkan lah aku sendiri dan terus senyap daripada bergaduh . Aku tak suka! Tak tak tak !!! Takda perempuan yang suka hubungan dia musnah macamtu je (Walaupun hubungan yang tidak serious) Selepas beberapa jam aku menyepi, aku reply untuk memberitahu dia supaya tinggalkan aku untuk beberapa jam. Dalam masa yang pendek ni aku masih tidak pulih juga, hmm aku langsung tak tahu nak cakap apa lagi dengan diri dan hati aku ni. Cuba fazira cuba bertolak ansur sedikit cubaaaa !! Subhannallah.


Ya Allah, kau tolongilah hambaMu ini . Kau tabahkan hati hambaMu ini supaya sentiasa sabar menerima segala dugaan dan ujianMu, Ya allah . Kau berikanlah kesabaran yang mencukupi untuk aku penuhi segala permintaan orang orang yang kusayangi ,Ya allah . Kau berikanlah keimanan yang cukup kepadaku supaya aku sentiasa menunaikan ibadahMu, Ya Allah. 
Hanya padaMu ku bersujud dan Hanya padaMu ku meminta pertolongan
Assalamualaikum