June 23, 2013

Beautiful World



Assalamualaikum dan selamat petang semua . Alhamdulilah adanya aku disini nak mengucapkan ribuan terima kasih atas doa doa yang korang berikan :) Alhamdulilah juga aku sudah selamat sampai di Jordan , Amman  dan setelah kami sampai di Airport . Kami tidak diberi masa untuk berehat kerana kesuntukan hari dan  masa , kami juga harus terus bergerak ke tempat tempat yang hendak kami lawati . Jadi ini lah  dia , salah satu tempat hari pertama yang kami pergi iaitu LAUT MATI ( Dead Sea) . Sebelum kami bergerak ke Laut juga , kami telah diberi makan di sebuah restoran yang berdekatan . Alhamdulilah juga sepanjang kami di Jordan ini , pemandu pelancong telah memberikan kami makanan yang sedap sedap . Sumpah tak tipu ! Hahaha , sampaikan aku yang cerewet makan ni pun terus tak cerewet makan taww . Kihkihkih . Dan setelah petang kami telah dihantar ke hotel iaitu di Ocean Hotel . Servicenya juga baik baik belaka :) Kami tiba di sana dan disambut dengan segelas minuman segar iaitu Mango Juice . Yummyyy !! Rindu pulakkk kat air tuu brb . Akhirnya , kami pun berehat sehinggalah esok hari . 






Nilah keesokan harinya . Kami menaiki bas dan bertolak ke Petra untuk sehari . Memang tidak dapat dinafikan di sana sangatlah panas . Tetapi walaupun cuaca yang panas , sejuknya memang tak boleh nak kata apalah . Tapi Amman lagi sejuk . Hehehe cuacanya sahaja yang panas . kami terpaksa menapak daripada mula berakhir di ukiran ini . Fuh jauhnya memang susah untuk di duga . Seingat aku lah kan , takdalah jauh sangat sekali tengok pehhhhh jauh lagi rupenya . pergi pun berjalan kaki dan balik pun berjalan kaki sendiri . Azy pun tinggalkan aku selamba dekat belakang dan dengan lajunya dia pun berjalan ke tempat permulaan tadi . Pehh sangatlah penat . Bagaikan mahu pengsan deyyy ! Fuhhh . tapi alhamdulilah juga aku pun sempat sampai dan terlebih awal daripada lelaki :D Naik jee bas , semua pelik macam mana kiteorang boleh sampai dahulu sebelum lelaki . Hahaha memang kelakar part tu taww . Semua ketawe dan cakap kiteorang ni perempuan yang hebat . Kahkah terasa nak gelak jee rase ni haa . Setelah itu , kami diberi lagi makan di Petra Magic Restaurant . Yummy memang sedap ! Hehee then boleh pula ternampak seorang jejaka kacak berbaju kuning . Wowwwww memang handsome kaww . Tapi tak amek apa apa reaction pun , just tengok muka dia dah cukup . Ngee :') Kemudian , kami diberi masa untuk berehat di hotel sehingga malam menjelang . Disebabkan terlalu penat , kami pun berehat dan tidur dengan lena . Hinggalah ke makan malam :) Dan setelah itu tengah malam , kami pun pergi menge-teh di salah sebuah restoran . Hee best jugalah tengok Arab Idol pulak tu . Kihkih Setelah itu ibu ibu kami pun penat dan ingin tidur . Aku pun ikut ibu ibunya balik ke hotel dan lepak-ing di hotel . Hehehe . We're waiting for tomorrow :)




Dan tiba masa untuk pergi ke Amman balik untuk mengambil segala perlengkapan dan luggage kami balik dan pergi ke Madinah . Alhamdulilah , kami telah bergerak pada waktu malam dan tidak sampai beberapa jam sahaja kami telah tiba di Kota Madinah . Ya Allah , memang tidak dapat dinafikan aku boleh melihat Masjid Nabawi yang paling indah dan yang paling bercahaya daripada atas (dalam flight) Sangat besar ya Allah . Itulah dia masjid yang aku paling kagumi selepas Makkah :) Alhamdulilah juga kami telah menginap di hotel yang berdekatan dengan Masjid Nabawi itu :) Jadi tidak ada masalah bagi kami untuk menunaikan solat jemaah bersama sama :) tetapi malang sekali gambar yang kami ambil di Madinah tidak dapat dikongsikan kerana pada telefon bimbit papa . Dan telefon bimbit ku telah hilang semasa berjalan menuju ke masjid di Makkah . Harap maaf ya kawan kawan sekalian :) Insyaallah kalau ada rezeki , awak semua boleh pergi ke sana dengan keluarga yaa . InsyaAllah anda akan jadi tetamunya kelak :) Berdoa sahaja lah ya . Alhamdulilah juga setelah beberapa hari di sana . Kami telah pergi ke  Raudhah iaitu makan Rasulullah SAW . Tetapi sayangnya , kami tidak dapat masuk untuk berhajat dan meminta kepadaNya . Oleh kerana , kesesakkan hingga kami tersempit dan terhimpit . Kami tidak dapat menunaikannya . Tapi alhamdulilah juga , kami telah pergi ke sana . itu sudah cukup memadai :) Kemudian , detik detik yang kami nantikan telah tiba iaitu pergi ke kota Makkah dengan menaiki bas selama 8 Jam :) 







Alhamdulilah kami telah selamat tiba di kota Makkah . dan setibanya kami di sana , kami terus menunaikan ibadah umrah pada jam 11.45pm waktu sana . Walaupun dalam keadaan mengantuk , kami harus melakukannya kerana kewajipan kami . Hee , Alhamdulilah juga kami akhirinya dengan Saie dan waktu itu memang sudah tepat waktunya untuk solat subuh . Jadi kami bersolat subuh di Marwah secara berjemaah :) Alhamdulilah . Kemudian , keesokkan harinya kami telah pergi berziarah ke Jaabar Uhud , Jaabar Raamah . Walaupun cuaca yang sangat panas , tetapi alhamdulilah kami telah sampai ke sana untuk melihat kebesaran Allah SWT pada suatu ketika dahulu . Dan esoknya pula , kami telah pergi ke Hudaibiyah iaitu salah satu tempat yang tertulisnya perjanjian Hudaibiyah . Belajar sejarah kan ? Hehehee , tu lah yang aku ingat setakat ini . hehe . Dan kami menunaikan ibadah kami seperti sedia kala :) setelah 6 hari berlalu...........


(gambar sehari sebelum tawaf wida')

Nilah masa dan saatnya kami harus mengucapkan selamat tinggal dengan melakukan Tawaf Wida' . Pelbagai rintangan yang kami renungi . Ibuku hampir menangis ketika dihimpit oleh orang-orang sana . Tetapi alhamdulilah juga , kami telah selesai melakukan tawaf :) Dan tiba masa untuk kami melihat kaabah sepuas puasnya . Jika ade rezeki , aku berharap kami dapat pergi bersama sama nanti . InsyaAllah :) Setelah bertawaf wida' kami pun bersiap siap untuk balik ke Malaysia . Tetapi kami harus transit di Jordan untuk 8 jam sementara menunggu penerbangan kami ke Malaysia :) Dan selama 12 jam kami di dalam flight pehhh memang tidur , tengok movies , main game jelah kerjanya dalam tu . sangat boring taww . taktahu nak buat apa lagi . berborak dengan jemaah lain nnty takut sangat bising pulak kan . so tidur makan sahajalah yang mampu . Kihkihkih :) Dan pada pukul 6.45pm kami telah tiba di KLIA wowwwww !!! I miss Malaysiaaaaa . macam nak menjerit pun ada taww . Hehehe oklah sampai situ sahajalah ceritaku kepada anda semua . Terima kasih atas semuanya yaa . Assalamualaikum :)