October 02, 2012

Semoga Hajat Termakbul


Assalamualaikum dan selamat petang semua . Harini aku nak jelaskan beberapa perkara yg berlaku sejak akhir akhir ini . Kdgkdg orang tidak suka dengan perangai kita , tetapi kita redha dgn segala yg Allah uji kita di dunia ini untuk melihat setakat mana kekuatan kita sebagai seorang manusia . Aku pun sebenarnya tidak pernah kesah dgn pendapat org tentang sikap aku . Tapi someone telah pun buad aku sedar sesuatu yang aku mmg tidak layak dicintai ataupun mencintai seseorang :) Takpaa , itu semua ujian daripadaNya . Aku terima dengan hati yang terbuka dan senyumanku tidak pernah lekar di muka . Sejak aku pulang dan keluar dari Seminar Pecutan Maksimum bersama Dato' Siti Norbayyah dan Ustaz Wan Akashah . Mereka telah membuka minda dan fikiran aku supaya fikirkan tentang pelajaran aku dan aku tetiba teringat janji janji kami (bayi) yang akan dilahirkan di dunia terhadap Allah SWT iaitu supaya taat kepada kedua ibu bapa . Hingga kini , aku masih tidak dapat memuaskan hati kedua ibu bapa aku dengan keputusan yang aku kecapi setakat ini . Jadi aku berharap peluang yang ada pada aku sekarang ini boleh membuat kedua ibu bapaku bangga dan membuka minda kami semua sebagai seorang insan . Aku juga berdoa supaya hajat hajat dan taubatku dapat diampunkan . Aminnn . Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya . 

Sampai ke harini , aku masih tabah dgn segala ujianmu Ya Allah tapi aku masih tidak boleh menggembirakan kawan-kawan dan org yang pernah aku cintai . Seseungguhnya hanya Kau yang Maha Mengetahui Ya Allah . Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunkanlah dosa-dosa dan kesakitan yang telah aku buat kepada setiap umatmu Ya Allah . Biarkan kesakitanku ni berlalu dengan pantas agar matlamatku tercapai dan Kau tabahkan lah hati umatmu ini supaya sentiasa senyum dan menjalani hidup dengan tenang dan sempurna . Aku tidak pernah berniat untuk menyakiti hati si dia . Tetapi aku akan sentiasa berdoa agar dia berjumpa dengan orang yang lebih memahami situasinya . Ya Allah Ya Tuhanku , jika perit di hati tetapi aku redha jika ingin kehilangannya . Kau lindungilah dia dari segala kesakitan yang dihadapi dan Kau jauhilah dia daripada azab api nerakamu Ya Allah . Amin amin ya rabbalalamin . Assalamualikum :)