November 28, 2012

Only You Jenny :'(



Assalamualaikum good evening everybody . Harini aku nak cerita kan tentang seekor kucing yang telah lama juga kami bela . Setelah beberapa hmpir 2 tahun maybe , kami jaga tepat pada 28.12.2012 dia telah tinggalkan kami semua . Aku ingatkan kiteorang akan main main macam dulu lagii tapi aku silap . Ruparupanya dia tinggalkan kiteorang semua hmm :C  Sebelum ni , kiteorang memang sihat walafiat sampailah dia tak lalu nak makan semua . Then bawak pegi jumpa doctor , doctor kata dia kena joundism (sakit kuning) Selepas je beberapa hari , dia dijangkiti sakit kuning lagi sampaikan seluruh badan dia kelihatan kuning . Aku pun suruhlah dia dibawa ke klinik . Sebabkan kesian dengan penyakitnya itu , mama pun bawa dia ke klinik . Hm :/  Then dapat tahu dia kena tahan sampailah dia tak bermaya lagi . Hmm setiap hari kiteorang bergilir gilir datang bawak kan air zam zam untuk buatkan dia sembuh dan boleh balik ke rumah . Tetapi itu semua sia sia . Setiap kali kiteorang datang jumpa dia , dia mesti masuk dalam satu rumah ni dan maybe dia ingat itu rumah dia ? Then kiteorang bgtahu mama , maybe dia nak rumah itu . Mama pun bersetuju nak belikan untuk dia . Tetapi...............................

Keesokkan harinya , 27hb . Kiteorang ingat nak jumpa dia lambat sikit . Tetiba dapat call daripada doktor , doktor kata dia kena sawan . Kiteorang yang dekat rumah terus terbangun dan bersiap untuk berjumpanya . Dengan berjubahkan hitam kerana berhajat ingin mendengar ceramah agama di Surau Angsana tetapi tak dapat kerana Jenny . Kami tidak pernah mengeluh untuk berikan dia semangat dan kami sangat dia akan okay sahaja tetapi bila kami sampai di klinik dan berjumpa doktor . Muka doktor serious hm hati mula takut takut . Datang dengan keadaan risau kami ini , tetiba akak aku , Azy bertanya kepada doktor "betulkah ini Jenny ?" Dan jawapannya "Ya, dah tiga kali dia kena sawan sebenarnya dek hm" Aku masuk bilik tersebut dengan terkejut , dia seolah olah seperti orang yang tengah trauma dan matanya tidak berkelip langsung :'( Kami tiga beradik ni cuba memanggilnya dan tidak dpt menahan tangisan kami , lalu menangis di hadapan Jenny . Apabila Jenny dibawa keluar daripada sangkar , kami melihat dia cuba bangun daripada tidur dan kami sangkakan dia sudah pulih tetapi tidak malah dia diserang sawan lagi di hadapan mata kami sendiri . Kami menangis buat beberapa kali kerana melihatnya terseksa . Dan kami memujuk mama datang untuk bertemu dengan Jenny sebab doktor kata dia sudah berada dalam keadaan nazak . *Air mata mula mengalir lagii sekali* 

Beberapa minit berlalu , parents dan adik aku pun sampai . Papa yang tidak disangka sangkakan tidak meminati kucing dahulu turut bersedih apabila melihat keadaan Jenny macamtu . Kemudian , Jenny diserang sawan buat kali yang ke-5 dihadapan kami semua . Badannya melenting lenting seperti dibatai oleh manusia buatkan kami terus menangis teresak-esak dan aku memegang tangan papa sambil menangis . Kali terakhir kami nampak , itu lah yang paling perit bagi kami untuk terima kenyataan tu . Kesian Jenny :(( Akhirnya , dia stop dan azan berkumandang . Kami mengerjakan solat sebentar di Angsana . Dan kami 3 beradik mencari jalan penyelesaiannya *air kelapa* dan kami mencarinya hmm tapi Jenny dah kelu kan lidahnya . Hm :/ doktor bercadang untuk membawanya pulang bersama kami tapi kami takut apabila dia diserang sawan lagi . Jadi kami biarkan dia di klinik esok awal pagi baru kami datang kembali . 

Esok paginya , kami 3 beradik siap siap untuk berjumpanya dan merancang ingin membawanya pulang ke rumah . Tetapi doktor kata dia diserang sawan lagi pagi tadi . Setelah berbincang , kami merancang ingin datang pada waktu petang . Tetapi pada waktu tengah hari , kami terima panggilan bahawa Jenny telah mati . Mama yang memberi khabar tersebut tidak keluar dari kereta . Hm aku yang melihat adikku menangis terus terduduk dan memegang Jinjer (adik tiri kpd Jenny) dan memberitahunya tetapi Jinjer seolah olah mengalirkan air matanya dengan demamnya itu . Kami tahu dia selalu mencari Jenny , tetapi tidak ditemui . Kami terus menangis sekali lagi . Dan mayat Jenny telah pun diambil dan di tanam di hadapan rumah kami . Kakak ku , Amira menangis tidak berhenti kerana beranggapan itu adalah silapnya . Malah , mama cuba tenangkan dia . Ini satu kehilangan yang besar bagi kami semua kerana haiwan yang kami sayang dah tinggalkan kami semua . Malah , nama Jenny selalu disebut sebut oleh kami semua apabila ingin bercakap / memanggil Jinjer . We'll always call you , Jenny . We miss youuuuu :'C